Islam, iman dan ihsan

Pendahuluan

Pada kesempatan kali ini, ruangan ini akan membincangkan tiga istilah utama dalam penghayatan cara hidup Islam yang sebenar. Perkataan Islam, iman dan ihsan adalah suatu gabungan yang cukup mantap bagi melahirkan seorang insan yang kamil (sempurna).

Pengertian iman dan konsepnya.

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.

Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

 

"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;  

percaya kepada Allah,  
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,  
percaya kepada kitab-kitab-Nya,  
percaya kepada rasul-rasul-Nya,  
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan  
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.

Pengertian Islam dan konsepnya.

Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

 

"Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan." 
 

Konsep ihsan

Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.

Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.

Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan.

Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu:

Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan).

Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan yang seimbang dan kamil

Soalan perbincangan

Soalan

1.Insan yang sempurna adalah orang sempurna Iman, Islam dan ihsannya. Jelaskan ciri-ciri utama yang ada pada insan tersebut.

Jawapan

Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya adalah seperti berikut:

  1. Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
  2. Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan ketentuan balk dan buruk daripada Allah.
  3. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Makkah.
  4. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.
 

Soalan

Keimanan adalah antara unsur-unsur penting bagi melahirkan insan yang sempurna. Jelaskan kesankesan kelmanan seseorang terhadap kedatangan Hari Akhirat.

Jawapan

Di antara kesan keimanan terhadap kedatangan Hari Akhirat ialah:

  1. Seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul kekayaan dan membelaniakan sebahagian daripadanya ke jalan Allah.
  2. Seseorang itu akan sentiasa menganialkan sifat amanah dalam segala urusan dunianya.
  3. Seseorang itu akan sentiasa ikhlas atau hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah bagi setiap kebaikan yang dilakukannya.
  4. Seseorang itu akan sentiasa patuh melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
  5. Seseorang itu akan sentiasa meniaga hubungan balk sesama manusia, tidak menganiayai binatang dan tidak merosakkan alam sekitar.
  6. Seseorang itu akan sentiasa aktif menyeru masyarakat melakukan kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kejahatan.
 

Soalan

Kepercayaan terhadap kewujudan para malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Jelaskan kesan

beriman dengan para malaikat berikut:

  1. Malaikat Jibril
  2. Malaikat Mikail
  3. Malaikat lzrail
  4. Malaikat Raqib
  5. Malaikat Reduan
Jawapan

Kesan beriman dengan para malaikat adalah seperti berikut :

 

Malaikat
Kesan keimanan
a. Jibril Seseorang itu tidak akan ragu-ragu lagi untuk beriman dan beramal dengan al-Quran kerana yakin ia diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril.
b. Mikail  Manusia akan sentiasa berusaha kerana yakin rezeki sentiasa diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Mikail
c. Izrail  Manusia akan sentiasa berusaha memperbanyakkan amalan kebajikan sebegai bekalan untuk hidup bahagia di Akhirat kerana yakin mereka akan dimatikan.
d. Raqib Manusia akan sentiasa berhati-hati untuk melakukan sebarang tindakan kerana ia akan dicatatkan dan akan dihitung di Akhirat kelak.
e. Reduan Manusia akan sentiasa melakukan semula amalan kebajikan dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan balasan nikmat di Syurga.
 
 
 

 back
 

 muka8